Assalamualaikum...
Harapnya
pembaca bloggie sihat walaafiat... Hari ni zara nak cerita tentang saudara
Islam kita... Ambil iktibar :')
Tidak
ramai yang tahu tentang kisah sebenar seorang banduan yang dikenali sebagai
banduan 650 ini. Namun coretan perjalanan hidupnya cukup menyedihkan kerana
dirinya telah dizalimi oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Seorang yang
berpendidikan tinggi dan merupakan seorang hafizah al-Quran dan sudah mempunyai
anak. Namun tiba-tiba diri dan anak-anaknya hilang. KisahBest.My wanita yang dikenali
sebagai
Dr Aafia ini sebenarnya telah dipenjarakan malah turut diseksa dan
dirogol. Ya Allah, kejamnya mereka!
Pada
bulan Ramadhan 2011, si ibu menerima panggilan telefon dari Aafia yang
terpenjara di Amerika . Ibunya pun menangis bila terkenangkan nasib cucunya
harus melalui penderitaan, cucu lelakinya masih hilang, dan anak perempuannya
masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah.
Tahukah
apa yang Aafia katakan kepada ibunya?
“Wahai
ibu janganlah menangis, saya gembira!” (Subhanallah, kenapa dia gembira?)
“Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu
Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya
kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah.. inilah puteriku Aafia..”
Subhanallah. ( rujuk: tausyah.wordpress.com )
Siapakah
Aafia?
Dr.
Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan
satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti
Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata
dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafizah al-Quran dan seorang
mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan
pendidikan beliau.
Beliau
diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita
sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya
tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia
adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari
anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit
akibat diseksa. Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain
mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar
banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi
kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan
beliau dan kenapa tidak dibicarakan. Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan
wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip bodoh untuk
meyelamatkan maruah FBI Amerika.
Semasa
di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan
haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik
mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi
beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang
ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh
sesiapa sehingga sekarang.
Sehingga
kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika
hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di
dalam tahanan di Afghanistan. Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika
sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang
beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di
dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.
Aafia
kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang
amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan,
dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan
setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di
mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela
beliau. Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap
kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan
dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang
konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic
Stress Disorder).
Sekarang
tahun 2013, tiada kata pembebasan untuk saudari seIslam kita ini.
Tiada
apa yang mampu kita lakukan. Hanya doakan yang terbaik buat beliau. Moga Allah
menolong bukan sahaja beliau, malahan tahanan2 Muslim dan Muslimat di penjara2
Yahudi di luar sana. Andai beliau mati di dalam penjara dalam keadaan dianayai
sedemikian rupa, mati beliau adalah mati syahid.
“Ya
Allah! Tolonglah mereka yang dizalimi. Tolonglah kami umat Islam! Aamiiin.”
Justice
for Aafia.
Allahu akhbar. sangat menyayat hati kisah banduan 650 ni. Semoga Allah melindungi beliau. Amin.
ReplyDeleteAmin.. InsyaAllah.. sama2 la kita doakan..
DeleteYa allah kesiannya. menyentuh perasaan saya sungguh
ReplyDeleteKita doakan yang terbaik :)
Delete