William Ewart Gladstone ( 1809 – 1898 ) – mantan PM Britain
zaman Queen Victoria “selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini,
selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu
pisahkan mereka dari Kitab ini”. – ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an
dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap
penjajahan )
Theodore Hertzel – pencetus idea penubuhan negara Yahudi (
tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) “misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka
dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling
gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari
Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri,
orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata
untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka
misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan
penuh kesedaran – ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah
menulis ” bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan
kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga
kepentingan dan keselamatan Barat ”
Ucapan musuh Islam (Komunis): “ sesungguhnya agama adalah
candu ( khayal / mabuk ) kepada masyarakat serta merupakan sebab kepada
kemunduran dan kelemahannya.”
Paderi Simon: “ sesungguhnya kesatuan Islam dapat memadukan
cita-cita masyarakat Islam serta dapat membantu mereka mengelak diri daripada
penguasaan Eropah…lantaran itu, kita mestilah mengalihkan tumpuan orang Islam
daripada kesatuan mereka melalui Kristianisasi.
Lornis Brown: “ apabila orang Islam bersatu di bawah empayar
Arab, maka ia boleh menjadi satu malapetaka dan bahaya kepada dunia. Adapun
jika mereka kekal dalam perpecahan, maka ketika itu mereka tiada nilai dan
tidak memberikan kesan kepada sesiapa. Umat Arab dan umat Islam mestilah terus
berpecah belah supaya mereka terus kekal tanpa kekuatan dan autoriti.”
Arnold Twenbey menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa
Depan: “ sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan
di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”
Moro Byjer menulis dalam bukunya, Dunia Arab Masa Kini: “
telah sabit (tetap) dari segi sejarah bahawa, kekuatan Arab bererti kekuatan
Islam. Maka mereka hendaklah dihancurkan supaya dengan kehancuran mereka, Islam
akan turut hancur.”
W.K Smith – orientalis Amerika yang mahir dalam hal ehwal
Pakistan: “ apabila orang Islam diberikan kebebasan di dunia Islam serta hidup
dibawah system demokrasi , maka sesungguhnya Islam akan mendapat kemenangan di
Negara-negara tersebut. Hanya dengan cara diktator sahaja yang boleh memisahkan
antara umat Islam dan agamanya.”
Samuel Zweimer – Ketua Organisasi Kristian dalam satu
ucapannya dihadapan para orientalis di sebuah konvensyen: “ sesungguhnya
peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus kamu
untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam) bukanlah
untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan
yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan
orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada
hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam
kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah membentuk
tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu telah
mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi
menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan
mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.
Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang
selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak
mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas
serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia
mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan ianya
menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda demi
memuaskan nafsunya.
Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara
demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik
cara.”
Ibn Glorion: “ sesungguhnya perkara yang paling ditakuti
yang kami bimbangkannya ialah kembalinya Muhammad s.a.w baru dipersada Arab.”
Dr. Castro – pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah
nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2
jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama
Cuba, Castro berkata kepada mereka: “ Israel mestilah tidak membiarkan gerakan
perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan
gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api
semangat yang biasanya kedapatan dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab
ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan
menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga entitinya.
Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara
Arab disekitarnya sebagai Negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya
pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai
ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama Negara
sosialis Israel.”
Callaghan – bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya
terhadap aqidah Islam yang berleluasa di Britain dimana radio Britain telah
mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut.
Juru hebah bertanya beliau tentang topic-topik penting yang akan dibincangkan
di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya: “ di antara topik-topik
tersebut adalah tentang Iran…” sambil menyambung katanya kepada juru hebah
tersebut: “ persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang
menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur
Tengah.”
Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya.
Jawabnya secara ringkas: “ boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang
berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang
patuh, maka saya katakan kepada kamu: sesungguhnya di sana terdapat aqidah yang
memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut
Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen
tersebut”.
Jewish Cronical – majalah Yahudi Britain mengingatkan
tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di
university-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada
Jalan Islam: “ pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan
analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin
meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan
di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan
kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”
Kimon – orientalis Perancis menulis dalam bukunya Pathologi
Islam: “ saya berpendapat bahawa rukun Islam yang lima mestilah dimusnahkan
serta menghapuskan yang lainnya dengan kerja-kerja berat, menghancurkan Ka’abah
serta meletakkan Muhammad dan jasadnya di Muzium Lyrther.”
Philip Fondasy – menulis dalam bukunya Penjajahan Perancis
di Afrika Hitam: “ amat penting bagi Perancis untuk menentang Islam di alam ini
serta mewujudkan politik permusuhan terhadapnya, juga berusaha
sekurang-kurangnya untuk menghentikan perkembangannya.”
Lawrence Brown – “ pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan
kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati
rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita
dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa
Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita,
manakala Jepun pula, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan
penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat
dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam
ketahanannya yang menggerunkan.”
Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini: “
sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap
mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak pada mereka. Bahkan
kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang
soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan
sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.”
Pemimpin Tertinggi Freemason: “ kita hendaklah menguasi
golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan
mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan
pasukan tentera mereka daripada agama.”
Pemimpin Tertinggi Imprealis: “ arak dan nyanyian merupakan
dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding
1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah
maksiat dan materialistik.”
Karl Marx – pengasas ideology sosialis ketika ditanya
tentang pengganti kepada aqidah ketuhanan, beliau menjawab: “ penggantinya
ialah teater (panggung drama dan filem) , maka palingkan mereka yang sibuk
dengan amalan kerohanian kearah pementasan drama.”
Miyen – seorang pemimpin di Burma: “ jangan biarkan
orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali
kerajaan Arab (kerajaan Islam).”
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur’an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan
Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan
biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
No comments:
Post a Comment